Sabtu, 05 September 2009

PERTEMUAN (PESTA) PENYAIR NUSANTARA 2009 MALAYSIA

PERTEMUAN (PESTA) PENYAIR NUSANTARA

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL POETRY GATHERING 2009

PENGENALAN

Pesta Penyair Nusantara (PPN) ini mula diadakan di Medan pada tahun 2007 sebagai satu usaha untuk menghimpunkan penyair-penyair dari rantau Asia Tenggara khususnya, dan dari seluruh dunia umumnya. Acara ini diasaskan oleh badan budaya bebas bukan kerajaan iaitu komuniti penyair di Indonesia. Ia kemudian berkembang dengan disertai oleh komuniti sastera dan budaya dari Malaysia dan Brunei.
Gabungan komuniti penyair dari Indonesia, Malaysia dan Brunei ini akhirnya telah menubuhkan Panitia Rasmi Pesta Penyair Nusantara. PENA menjadi wakil Malaysia dalam Panitia Rasmi ini. Persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat di Medan ialah untuk mengadakan acara ini setiap tahun secara bergiliran.
Bermula di Medan, Indonesia dengan The First Medan Poetry Gathering 2007 pada 25-29 Mei 2007, ia kemudian dilanjutkan dengan Pesta Penyair Nusantara Kedua (PPN2) iaitu The 2nd Kediri Poetry Gathering pada 29 Jun - 3 Julai 2008 di Kota Kediri, Indonesia.
Pada tahun 2009, PENA telah dipersetujui sebulat suara untuk menjadi tuan rumah bagi PPN3. Dengan itu PENA mengambil tanggungjawab untuk membawa PPN3 yang mampu mengangkat dunia perpuisian Melayu khususnya dan Nusantara umumnya ke persada antarabangsa. Sehubungan dengan itu Pesta Penyair Nusantara ini menjadi wadah dalam merealisasikan cita-cita untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai Kota Budaya. Sekali gus menjadi pusat budaya yang penting di rantau Asia Tenggara khususnya dalam konteks ASEAN.

TEMA
PUISI SUARA KEMANUSIAAN

KONSEP
Menggabungkan seni dan fikiran kemanusiaan melalui sesi forum, dialog, seminar dan persidangan selain acara pendeklamasian dan persembahan kebudayaan.

MATLAMAT
1. Menggerakkan sastera khususnya dalam kelompok generasi muda.
2. Mempererat hubungan antara sasterawan tanpa mengira sempadan.
3. Menjadikan budaya sebagai medium pembina nilai kemanusiaan dan kebersamaan.
4. Menggiatkan budaya dalam konteks melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif.

TEMPOH & TARIKH
Tiga hari. 20-22 November 2009

TEMPAT
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

MINGGU SASTERA ANTARABANGSA PENA

18 November 2009 (Rabu)
SEMINAR ANTARABANGSA KESUSASTERAAN MELAYU ke-X (SAKM X)
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anjuran UKM, DBP dan PENA
0830 – 1230 : Perasmian & Sesi Pembentangan Kertas Kerja
1230 – 1430 : Makan Tengah hari dan Rehat
1430 – 1630 : Sesi Pembentangan Kertas Kerja

19 November 2009 (Khamis)
SEMINAR ANTARABANGSA KESUSASTERAAN MELAYU ke-X (SAKM X)
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anjuran UKM, DBP dan PENA
0830 – 1230 : Sesi Pembentangan Kertas Kerja
1230 – 1430 : Makan Tengah hari dan Rehat
1430 – 1630 : Sesi Pembentangan Kertas Kerja
1630 – 1730 : Majlis Penutup

20 November 2009 (Jumaat)
PERTEMUAN (PESTA) PENYAIR NUSANTARA
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Anjuran PENA, JKKN, DBP dan ITNM
0830 – 1430 : Pendaftaran Peserta
1430 – 1630 : Dialog Penyair
1630 – 1700 : Minum Petang
1700 – 2000 : Rehat
2000 – 2045 : Peserta ke Dewan Banquet, DBP
2045 – 2300 : Majlis Perasmian & Persembahan Baca Puisi

21 November 2009 (Sabtu)
PERTEMUAN (PESTA) PENYAIR NUSANTARA
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Anjuran PENA, JKKN, DBP dan ITNM
0830 – 1230 : Seminar & Forum
1230 – 1430 : Makan Tengah hari
1430 – 1830 : Baca Puisi di KLCC (Menara Berkembar Kuala Lumpur)
1830 – 2030 : Rehat dan Minum Petang di Rumah PENA
2030 – 2300 : Baca Puisi di Rumah PENA

22 November 2009 (Ahad)
PERTEMUAN (PESTA) PENYAIR NUSANTARA
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Anjuran PENA, JKKN, DBP dan ITNM
0830 – 1130 : Persidangan Penyair
1130 – 1230 : Majlis Penutup
1230 – 1430 : Makan Tengah hari dan Bersurai




JADUAL ATUR CARA

Hari PERTAMA (Jumaat 20 November 2009)

PAGI
9.00 pagi – 12.00 tgh : Pendaftaran Peserta

12.30 tgh – 2.30 ptg : Makan Tengah Hari

2.30 tgh – 4.30 ptg : Forum Penyair: Sejarah Puisi Nusantara
Dipengerusikan oleh: A. Ghaffar Abdullah
Malaysia
Indonesia
Brunei
Singapura
Thailand

MALAM
8.45 mlm – 11.00 mlm: ACARA PERASMIAN
Bacaan Doa Pembuka Majlis
Persembahan
 Deklamasi puisi 1 – wakil kanak-kanak
 Deklamasi puisi 2 - Siti Zainon Ismail
 Persembahan nyanyian lagu puisi
 Persembahan nyanyian lagu puisi
 Deklamasi puisi 3 – Puzi Hadi
 Deklamasi puisi 4 – Wakil dari Indonesia

Ucapan Sambutan
Ybhg. Presiden PENA
Ybhg. Pengerusi Lembaga ITNM
Ybhg. Ketua Pengarah DBP
Ucapan dan Perasmian
YB Menteri Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Warisan Malaysia
Perasmian buku puisi Suara Kemanusiaan Nusantara
Cenderahati kepada:
Para Wakil Penaja
Perwakilan Negara Peserta
Jamuan Makan Malam
 Persembahan Reog
 Deklamasi puisi 4 – Wakil dari Thailand
 Deklamasi puisi 5 – Wakil dari Singapura
 Deklamasi puisi 6 – Wakil dari Brunei
 Deklamasi puisi 7 – A. Shukri Abdullah (Mal)
 Deklamasi puisi 8 – Zaen Kasturi (Mal)
 Lagu Rakyat Roslan Madun


Hari KEDUA (Sabtu 21 November 2009)

PAGI
8.30 pagi–10.30 pagi : Ucap Utama
Sasterawan Negara Dato’A. Samad Said
Pengerusi : Puan Zalila Haji Sharif

10.30 pagi : Jamuan Teh

10.45 pagi–1.15 tgh : Pembentangan Kertas Kerja:
Moderator : Puan Zaiton Ajmain
Malaysia
Indonesia
Singapura
Brunei

1.00 tgh –2.30 ptg : Makan Tengah Hari

2.30 ptg – 6.30 ptg : BACA PUISI DI KLCC
Pengerusi Dr. Ibrahim Ghaffar

6.30 ptg : Jamuan teh dan makan malam (di Rumah PENA)

MALAM : PERSEMBAHAN & BACA PUISI DI RUMAH PENA


Hari KETIGA (Ahad 22 November 2009)
PAGI
8.30 pagi–10.30 pagi : Persidangan Penyair: Kerjasama Penyair dalam Mengataskan Suara Kemanusiaan
Dipengerusikan oleh: Mohamad Saleeh Rahamad

10.30 pagi : Jamuan Teh

10.45 pagi–12.30 tgh : Majlis Penutup:
Ucapan SM ZAKIR
Ucapan Ybhg. Pengerusi Lembaga Pengelola DBP
12.30 tgh – 1.30 tgh : Makan Tengah hari

1.30 tgh : PESERTA BERTOLAK PULANG




JAWATANKUASA PELAKSANA PENA

Pengerusi : Dato’ Baharuddin Zainal
Timbalan Pengerusi : Mohamad Saleeh Rahamad
Naib Pengerusi I : Malim Ghozali Pk
Naib Pengerusi II : Mohd. Hanafi Ibrahim
Pengarah : Syed Mohd. Zakir Syed Othman
Pen. Pengarah I : Shamsudin Othman
Pen Pengarah II : Saifulizan Yahya
Bendahari : Rasanubari Asmaramah
Penyelaras PENA : Dr. Ahmad Razali Yusof
Setiausaha Kerja : Wan Zaida Hj. Wan Yussof
Pen. Setiausaha Kerja I : Hasbullah Mohamad
Pen. Setiausaha Kerja II : Zalila Isa
Ahli Jawatan Kuasa : Dr. Ibrahim Ghaffar (Persembahan KLCC)
Rahimidin Zahari (Penerbitan)
Amiruddin Ali (Protokol dan Sambutan)
Mohd. Ikhram Fadly Hussain (Majlis)
Ariff Mohammad (Majlis)
Amran Daud (Seminar)
Mohd Jusoh Majid (Seminar)
Raja Rajeswary Seetharaman (Seminar)
Azman Ismail (Seminar)
Jaffar Hamdan (Persembahan)
Ridzuan Harun (Persembahan)
Muhammad Lutfi Ishak (Persembahan)
Roslizan Yaakub (Persembahan)
Mohd. Nazmi Yaakub (Publisiti)
Mohd. Noor Hamzah (Pengangkutan)
Maniyamin Ibrahim (Penginapan)
Sahrunizam Abd. Talib (Pendaftaran)
Hameer Habib (Cenderamata)
Ummu Hani Abu Hassan (Jamuan)
Khairunasriah Abd. Salam (Jamuan)
Zanazanzaly (Jamuan)
Rozais al-Anamy (Jamuan)



AHLI PANITIA PELAKSANA PESTA PENYAIR NUSANTARA

1. Korie Layun Lampan (Kalimantan Barat)
2. Antilan Purba (Medan, Sumatera Utara)
3. Afrion (Medan, Sumatera Utara)
4. Zeffri Ariff (Brunei Darussalam)
5. S.M. Zakir (Malaysia)
6. Ahmadun Yosi Herfanda (Jakarta)
7. Viddy AD Daery (Lamongan, Jatim)
8. Sarah Serena (Jakarta)
9. Khoirul Anwar (Kediri, Jawa Tengah)
10. Zawawi Imron (Madura)
11. Mohamad Saleeh Rahamad (Malaysia)
12. Shantined (Kalimantan Timur)



Disediakan oleh : Syed Mohd Zakir Syed Othman (S.M. Zakir)
Setiausaha Agung PENA
017-3427991

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Terima kasih atas Kunjungannya. Silahkan tinggalkan pesan anda.